Sunday, 15 January 2017

6 Makanan Penting Untuk Pesakit Kencing Manis

    6 makanan penting untuk pesakit kencing manis



Memandangkan pesakit kencing manis kena berhati-hati dalam pemakanan supaya kandungan gula tidak terlampau tinggi hingga boleh mengakibatkan komplikasi dan kesan buruk untuk jangka masa panjang, sini saya senaraikan 6 makanan terbaik untuk pesakit kencing manis. 6 makanan power ini bukan saja penting, berkhasiat secara semulajadi malah membantu pesakit kencing manis mengawal kandungan gula. Itu yang kita cari !


Seriously, tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi. Jangan over walaupun sedap dan susah nak stop! 

Kurangkan kalori dalam memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum penuh, roti serat tinggi(wholemeal) dan beras tanpa kanji. Jika buntu, ikut petua makan yang saya nak beri atau jumpalah pakar pemakanan untuk mendapatkan bantuan susun diet harian. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes atau kencing manis. Ini 6 super foods for diabetes iaitu 6 makanan yang selamat dan terbaik untuk pesakit kencing manis!

  Susu


Susu dengan kandungan yang mempunyai kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg kalsium lengkap dengan vitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. Jadi, amalkan minum susu. Jika tak suka, jangan tinggal supplemen kalsium yang bagus seperti Ostematrix yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium yang sangat membantu untuk pesakit kencing manis.

Salmon 

Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin yang penting untuk pengidap kencing manis. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D. Omega Guard yang kaya dengan asid lemak omega 3 iaitu DHA dan EPA adalah pilihan bijak pesakit diabetes di samping salmon yang lazat ini.

Sereal atau Oatmeal


Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serat yang tinggi dan rendah gula, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. Amalkan setiap hari sebagai sarapan berkhasiat. Kalau tidak pun, selang selilah oat dan roti gandum penuh selain mee goreng dan nasi lemak yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Blueberry


Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes.

Brokoli 


Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah.

Bawang Putih


Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis. Garlic Complex adalah altenatif orang yang susah benar nak telan bawang putih seperti saya. 

No comments:

Post a Comment